Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Tuesday, October 26, 2010

UNIT PENYIASAT MISTERI (EHOZA)






Pada tahun 2091.Di sebuah kawasan yang dikenali sebagai king valley terletak di daerah carving stone di negeri sonto.kawasan ini memang terkenal sebagai lubuk makhluk makhluk ganas dan misteri yang termasyur di negeri sonto.para pemerintah negeri sonto mengistiharkan kawasan ini sebagai kawasan hitam.kawalan ketat 24 jam dipastikan agar tiada makhluk makhluk ganas di sini terlepas.

Namun.kerajaaan negeri Sonto telah menidakkan cerita tentang mahkluk ganas nie agar tidak menjadikan negeri Sonto dalam keadaan huru hara.Untuk memastikan keadaan lebih terjamin dan selamat maka kerajaan negeri Sonto telah menubuhkan unit pergerakkan pantas yang dinamakan sebagai unit penyiasat misteri iaitu unit ehoza.

Unit ehoza nie ditubuhkan untuk menyiasat segala misteri dan kejadian aneh yang diakibatkan oleh perbuatan perbuatan ternoda makhluk ganas tersebut.

Mereka harus tiba dengan lebih cepat dari unit penyiasatan polisi untuk memastikan segala rahsia dapat ditutup dengan dengan cepat.




Maklumat tentang unit ehoza

Unit ini berpengkalan di daerah pinggir king valley..beroperasi di sebuah pejabat yang sederhana dengan airkon dan beberapa biji Komputer ajer.

Kenderaan rasmi hanyalah sebuah van dan sebiji motosikal Fz150.

Dalam unit ehoza terdapat 4 ejen dilantik oleh kerajaan Sonto.antaranya ialah:



Apect



merupakan ketua ehoza merangkap chief.gaya seperti tauke cina..kelulusan sekolah sains.

walaupon muka nampak ganas tapi dalam

hati ada taman.

kerjaya yang sebenar adalah bermain forex.

salah satu kebolehan yang ada pada apect adalah boleh bertindak dua alam.

salah satu gambar yang dikesan adalah seperti di bawah.







Jadi tak masalah agen apect untuk memasuki kawasan yang penuh dengan wanita untuk melakukan penyiasatan.


untouchable

agen separuh masa yang bekerja di bawah apect.sama sekolah dengan apect..abang kepada rounders.

boleh bermain catur dan pernah mengalahkan komputer dalam pertandingan catur di negeri sonto.


rooster aka ayam

nak panggil rooster boleh ayam pon boleh.merupakan geng kepada apect.

sering menyamar menjadi wartawan atau jurugambar amatur.kerjaya sebenarnya adalah pembuat web dan pakar java.


Rounders aka bulat

Bro rounders merupakan ahli yang bongsu dan sering kena buli..adik kepada untouchable.

Dalam koceknya ade minyak bayi jeksen yang sentiasa ade bersama.

Namun bro rounders sering menggunakan helmet tentera strom trooper untuk elak kena luku oleh abangnya.


Maklumat rahsia fail ehoza


Mahkluk ganas dan lawak(the psychophobia)


Mereka ini merupakan sebenarnya berketurunan manusia biasa.Kawasan hitam tersebut sebenarnya adalah kawasan pembuangan sampah yang termasyur di negeri ehoza.Permulaan mutasi ini berlaku kerana terdapat pembuangan sisa radioaktif oleh syarikat besar yang ingin melupuskan dengan kos yang murah.Tong-tong simpanan sisa itu dipecahkan oleh kumpulan manusia yang mahu menggunakan sbg tempat simpanan air mereka.nyata bila dipecahkan terdapat air dalam tong itu.air tersebut diminum oleh manusia manusia disitu.

Anak-anak yang lahir dari kesan tersebut mempunyai wajah yang aneh seperti berikut.


Tiada bermata dan mengetap rahang sepanjang masa.seringkali ketawa dengan bunyi muahahahahahha.

Ramai ibubapa kepada bayi ini mati kerana tak tahan ketawa bila anak-anak mereka ketawa.

Ramai yang berpindah kerana tak tahan nak gelak ..

Jadi kawasan tersebut didonimasikan oleh makhluk tersebut.muahahahhahahahahaha.


Mahkluk kelawar si hacker.(lancelot)


Ia adalah dari spesis keluang yang termutasi menjadi manusia akibat memakan buah durian yang terkena bahan kimia purple hyppo.
makhluk nie sukakan komputer.dan baru baru ini kebolehan makhluk nie adalah menaip dengan pantas dan menyebabkan kesesakan server akibat penggodamnnya.

foto lancelot.


Makhluk musang cute pencinta wanita(the dolby)

Ia adalah spesis musang yang termutasi di dalam makmal rahsia kerajaan.tujuan utama dimutasikan adalah untuk menghasilkan pewangi yang dihasilkan di dalam kelenjar mengawannya..

Pewangi yang terhasil digunakan untuk dalam tujuan kosmetik.

Makhluk ini sukakan wanita dan apa sahaja yang binatang yang betina.sebab ia terlepas dari makmal rahsia adalah kerana ramai pengawal keselamatan yang angau ternampak ilusi cik musalmah bertas merah kerana pewangi yang terhasil dari makhluk ini.


MIsteri penduduk kampung ketawa tidak henti henti.

Berlaku kekacauan di satu kampong bernama zaza isabella kerana penduduknya ramai yang pengsan dan ade jugak yang koma kerana ketawa tidak henti-henti.kerajaan Sonto mengeluarkan arahan agar kampong tersebut dikawal ketat dari media media dari akhbar the viper,the prodigy dan the great.

Maka unit ehoza perlu bergerak pantas ke tempat kejadian,tapi sepantas mana pon mereka tetap lambat gak kerana van rasmi mereka susah nak dihidupkan akibat bateri lemah sehingga pihak polisi mengawasi kampong tersebut.Dengan menggunakan teknik penyamaran dua alam oleh bro apect maka mereka bereempat membolosi kawalan polisi.

Setelah dikaji terdapat seekor the psychophobia sedang makan ketupat dan lemang di salah satu rumah.Untuk itu agen ehoza perlu mengulum gula-gula serius untuk mengelakkan dari ketawa.kang ketawa tak jadi kerja pulak.

Untuk menangkap the psychophobia nie bukan calang calang.kerana makhluk ini suka dengan pensil dan kertas.pujukan pertama guna kertas A5 dengan pen tak jalan gak kerana asyik makan aje.

Maka dengan ni agen rounders menggunakan ketawa gila gilanya untuk pujuk makhluk tersebut.Percubaan Berjaya dan ianya ditangkap.Syabas unit misteri ehoza.

Makhluk tersebut dikurung balik ketempat asalnya di kawasan hitam.


Misteri kelumpuhan internet dan perhubungan negeri sonto.


Kelumpuhan system Internet di kerajaan ehoza membuatkan ekonomi dalam bahaya kerana 90 peratus keuntungan adalah dari internet.Salah satu mangsa yang kerugian paling banyak adalah tauke CC terbesar di carving stone iaitu bro mkhfakzan yang ala-ala faizal tahir superman.

Bro zan bengang dengan kerajaan ehoza kerana gagal menangani kelumpuhan system ini.Jadi proses saman dimulakan terhadap kerajaan sonto dengan bantuan peguam ayopzal.kerajaan sonto terpaksa mengerah jurutera-jurutera internet bekerja siang dan malam untuk menangani masalah besar negara.namun,para jurutera internet bingung kerana mereka berusaha upaya untuk kembalikan system asal tapi tidak berjaya kerana kod-kod java asyik dipintas dengan cepat.maka inilah masa tugas ejen unit misteri ehoza bergerak pantas atas arahan kerajaan.

kepakaran dalam komputer diserahkan kepada bro rooster.setelah berjam jam menghacker sistem maka terdapat satu sistem komputer yang agak aneh kerana komputer tersebut diletakkan dalam gua batu bernama bat cave.

Mereka bergegas ketempat tersebut.Setelah dibuat kajian rupanya makhluk bernama the lancelot sedang menaip komputer aneh tersebut.untuk menangkap the lancelot bkn mudah kerana adanya sistem kawalan yang cukup sistematik di gua tersebut.Agen rooster mendapat idea dengan menyuntik virus kedalam system komputer.Cubaan berjaya kerana menggunakan kod kod virus jenis how to shut down computer forever..

Setelah komputer aneh itu shut down forever maka the lancelot itu terus lemah tidak bermaya.

Maka penangkap terus dilakukan dan membawanya ke kawasan hitam..

Syabas unit ehoza syabas!


Misteri wabak angau.

Kelihatan di satu kawasan di daerah queen valley ramai orang-orangnya kebanyakkan kaum lelaki menderita angau.

Ketua kawasan tersebut bernama antagenaiz lari kerana tak tahan leteran dari kaum kaum perempuan dikawasan tersebut.

Angau bukan sebarang angau.Kawasan tersebut angau sepanjang masa sehingga mengabai kerja kerja seharian.Pada mulanya kerajaan Sonto tidak berminat terhadap kes yang misteri

Ini tapi kerana media-media seperti the viper,the prodigy dan the great selalu melariskan tajuk tajuk akhbar mereka dengan misteri ini.

Maka seperti biasa agen unit penyiasatan misteri ehoza diarahkan oleh kerajaan sonto untuk menyiasat dan mengkaji misteri tersebut.

Didapati semua kaum lelaki kat daerah tersebut angaukan gambar bertas merah .agen apect bertanyakan kepada mamat bernama adii. siapa yang kamu angaukan?adii kata cik musalmah bertas merah.

Jadi mereka perlukan sesuatu?iaitu cik musalmah itu sendiri.jadi mereka bergegas ke pusat latihan medic dimana orang yang bernama musalmah itu wujud.

Setelah mereka sahkan sesuatu bahawa cik musalmah terjumpa musang kiut yang mengesot dengan lampin sekali.diceritakan bahawa musang kiut itu seringkali diusap usap sehingga ianya bertindak dugaan.

Cik musalmah membuang musang kiut itu setelah berak merata rata .musang kiut itu mengeluarkan gas yang amat berbahaya oleh kaum lelaki.salah satu mangsa pertama adalah zamreda.zamreda mencipta lagu musalmah secara scremo dengan kepala bagging setiap hari.kucingnya bernama toyoolta emas lari taktahan mendengar jeritannya hari hari.

Sejak kes zamreda angaukan ilusi cik musalmah.maka laporan baru setiap hari diterima.kekadang sampai seribu orang!

Ketua polis negeri sonto yang bernama miss sya mengingatkan orang ramai kalau berjumpa makhluk musang cute tersebut harus dipijak pijak sampai lembik.

idea miss sya dibantah oleh pencinta haiwan dari pertubuhan pari pari.

agen ehoza perlukan sesuatu yang amat bernilai.kajian bocor dari makmal rahsia menunjukkan makhluk dolby nie sebenarnya takutkan perempuan garang.jadi mereka bantuan cikgu putri untuk menangkap makhluk tersebut.

Apa yang cikgu putri buat adalah mencubit makhluk tersebut sampai menangis.maka tanpa berlengah lagi penangkapan the dolby dilakukan dengan jayanya.

makhluk tersebut dikurung di dalam makmal dengan ditempatkan pengawal wanita

Syabas unit ehoza syabas,kerana 3 kes besar yang paling diselesaikan dengan begitu mudah sekali.


petikan di atas disunting dari akhbar the viper.

http://www.youtube.com/watch?v=eo8LvHliMmw





cerita di atas hanya khayalan penulis tidak ade sangkut yang hidup atau yang mati.

Read More......

Saturday, July 4, 2009

Idea Sudah Mai

perghhh,tajuk macam suspen ajer..idea sudah mai nie kerana aku mendapat semangat untuk menaip..cheh wah.semalam aku tengok cerita 'the core'.apa yang menariknya pasal seorang mamat terer hacker nie.kira boleh godam komputer sesapa sajer.ayat yang paling best dia tu adalah your kung-fu is not strong..mcm gi2 ajer...mengontrol database projek destiny yng menyebabkan pusat bumi berhenti berputar.

hari download lagi cerita the hacker..sajer tengok untuk menarik minat menaip nie.

Idea ini ilham.jadi untuk menjadi kerja tercongak kat komputer peribadi nie perlukan idea.Bukan apa kalau kita berjaya kawal aliran kewangan kita..maka kita tekan 'enter' sajer dah cecah beribu ribu.jangan salah anggap macam penggodam polak.sebenarnya bukan tapi program nie di namakan affiliate,kira orang klik aje dah dapat 1 sen..aku dah beli dari seorang freelancer berjaya bernama lisa hilmi..jadi ko orang beli yer untuk tau apa isinya.

Nielah masa untuk merubah sistem.Saper nak ubah kalau bukan diri kita.takkan kita nak cari kerja yang orang lain kontrol kita lak..kita kontrol kita bkn org lain..internet kat rumah tinggal berapa bulan untuk ditutup..jadi masa keemasan nie jangan dibazirkan polak..takkan nak buat kerja kat CC atau pusat awam.mcm tak best lak.

Insyaallah kena hati kering nak buat urusan menghasilkan pendapatan sendiri dari internet.klau kerja kilang lagi kena usaha lebih.

sekian sajer coretan dari aku yer...

Read More......

Mencari sesuatu yang pasti

Dunia semakin hari semakin kejam,jadi bukanlah kejam sangat macam hitler tapi meneruskan kelangsungan hidup.Kelangsungan hidup nie perlu bertindak secara efektifnya agar seiring dengan peredaran masa.

Orang hari sibuk memperkatakan apa itu 'kegawatan ekonomi'.apa tu?mende nie macam racunlah dalam isu hari ini.seorang ahli psikologi memperkatakan bahawa itu adalah gimik atau kecoh yang ditimbulkan oleh pihak yang merasakan tidak senang dengan kehidupan yang mudah ini.
prihatinnya isu ini macam takder jalan penyelesaiannya.

Tentang isu minyak mentah dari bumi macam api dalam sekam ajer.akibat dari mende nie segala macam benda keperluan harian makin menyendatkan penduduk malaysia ini.Naikkan harga mengejut?kira macam eksperimenlah kira..tapi ujikaji apanya macam orang atasan tak fikir.pakar ekonomi malaysia nie kurang berfikir kot..takperlah biar maju.

ok ok dah melalut polak sampai isu semasa polak...ok ok. aku nak ceritakan bahawa mencari sesuatu yang pasti adalah mencari benda itu di depan mata..kehidupan aku nie adalah untuk mencari kebebasan kewangan.kalau kerja gaji engineer Rm 3k pon adakah itu di namakan sebagai kebebasan kewangan?sebenarnya tidak.kerana dia tidak belajar hukum kira2 duit.gaji habis gitu aje.menariknya perkara nie..

mencari kepastian mesti ade jalan penamatnya..adakah hidup ini pasti?tah tak pasti lagilah...
ok.sampai di sini coretannya..

Read More......

Friday, July 3, 2009

Anjakan paradigma

aku sedar aku hidup dalam lamunan.berapa kali aku kena ingatkan supaya mengubah yang lebih baik lagi..tapi tak sado sado...last2 semalam aku tersentak dari lamunan supaya mengubahnya.biasalah perspektif kita adalah datang dari minda bawah sedar.kalau hari hari disuap benda yang sama memang samalah akan datang.

Menangani mental yang 'biasa' untuk menjadi 'luar biasa' memerlukan pengorbanan..aku non excuse aper makna itu suma?kekadang ini dinamakan anjakan paradigma..Dah setahun lebih aku menjadi penagih forum.asyik2 tengok posting yang baru tadi 'out'.tengok user posting baru..aku tengok balik bebenang tu lagi.mende nie beb,pusing2 tengok kat muka depan kalau ade posting baru ker...hish dah jadi kemaruk orang lain posting..

Sekarang aku kena sadar,sadar sadar,sadar,sadar,sadar,sadar,sadar,sadar,sadar,sadar..hish berapa banyak sadar daahhhh.maklumlah usia makin meningkat,perlakuan yng biasa ramai lelaki bujang buat pon semakin kemaruk dah(kalau saper yang bertanya..paham2 sendirilah.)
Member rapat aku dah kahwin ..hish ini takleh jadik nie beb..kena cari awek nie.kazen member aku pon rase nak kenen kenen aje.

Jangan leka,jangan cuai kerana ade orang yang kerja terlampau fokus akan membuat sesuatu yang tak pasti kepada anda..Dunia nie semakin pantas..orang perlukan duit ajer..jadi aku yang selalu menghadapi masalah kewangan nie sering di hipnosis..biasalah beb diorang mana kisah yang penting masyuk.

oklah coretan yang rasa memerlukan ketahanan mental yang kuat...biasalah sakit2 mesti jadi.kalau orang yang ketagihan rokok pon lagi sengsara dari aku nie.Dah dah aku nak tamatkan coretan nie...banyak fikir2 nie lagi beruban rambut aku nie.hahahaha

Read More......

Monday, May 18, 2009

Memulakan sesuatu yang baru..

Tak terfikir untuk memulakan memblogging nie tapi pagi nie rasa saje nak mulakan,al maklumlah dah tengok geng2 di suatu forum menggerak usaha masing memblogging..terima kasih kepada user bernama cik mal dari forum ehoza yang memulakan tutorial.banyak jugak aku nak gerak gerak tangan untuk memblog tapi macam malas pulak.al maklumlah sifat malas ni memang bertapak ajer.

Masa nie aku kat johor,di Kota Tinggi,di rumah famili.jadi memang ada timelah jugak nak bertenet.kerja aku tak bertempat,kekadang nak kerja tetap tapi malas kerja ikut on time aje,bukan malas tapi dah kerja banyak kilang tapi ialah sesuka aje pengurusan kilang nak letak mana tak sesuai dengan jiwa yang rilek nie.Tabiat aku suka pada kemahiran membaiki barang yang ade wayar.jadi memang nak kerja yang ada elektronik dan elektrik.

Selain tu kemahiran yang lain ade adalah mencipta lagu dan mengubah lagu.nie nak mencabar industri muzik lah nie ialah penyanyi punyalah ramai tapi yang gubah lagu punyalah sikit.nantilah aku terangkan proses nie.

kalau nak kata aku berharta pun,itupun ade kereta mazda tahun 83 dengan moto kriss ajer.rumah takdelah..tapi kalu nak beli boleh kena ade duitlah.hutang berkoyan2 tapi hutang pinjaman pelajaran ajerlah.

latarbelakang pendidikan aku?sekolah menengah yang terakhir di sekolah menengah Tenggaroh A di felda tenggaroh 2,mersing.diterima masuk belajar di Ipta tempatan tapi tak habis,sambung belajar di Politeknik Johor Bahru dalam pengkhususan mekatronik.Setel dah.Mau belajar pasal kereta ambik sijil mlvk auto berhampiran rumah famili aku tapi takder sijil kerana masalah dalaman tempat belajar tersebut yang endah tak endah pon.Akhirnya pihak pengurusan kasi surat akuan ajerlah..kahkahkah.Lantaklah diorang tak redho makan duit bapak aku pon.

kalau nak cerita pasal hubungan tu nanti2 lah aku pikiq..membebankan jiwa aku ajer..

oklah kalau saper yang baca nie kenal aku silalah kasi nama dan alamat yer..kalau gurl bolehlah jadik awek aku yer lepas tu kahwin..keskeskes.kalau man jadiklah rakan yer..kui3 memilih sangat aku yer.kalau rakan2 sekolah pun banyak jugak kat seremban,Rompin,Labis,Kota tinggi dan mersing blum yng belajar ipta tu dgn poli.

Tanya ker dah kerja ke belum?kerja aku indiependent atau maksud lain kerja indie atau merdeka.Skg nie tengah bekerja dengan ipar aku ajer,bengkel..senang kan boslah tu.Balik johor pon jika ayah aku suruh pun..al maklumah adik2 aku pon nie pompuan suma..

Rasa aku dah celoteh banyak sangat dah..bak kata orang udah2ler tu buat kerjalah..keskeskes(ketwa al fatih).tapi ini permulaan blog kasi celoteh celetoh ajer. oklah dah tamat yer..treng treng.

Read More......