Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Tuesday, October 26, 2010

UNIT PENYIASAT MISTERI (EHOZA)






Pada tahun 2091.Di sebuah kawasan yang dikenali sebagai king valley terletak di daerah carving stone di negeri sonto.kawasan ini memang terkenal sebagai lubuk makhluk makhluk ganas dan misteri yang termasyur di negeri sonto.para pemerintah negeri sonto mengistiharkan kawasan ini sebagai kawasan hitam.kawalan ketat 24 jam dipastikan agar tiada makhluk makhluk ganas di sini terlepas.

Namun.kerajaaan negeri Sonto telah menidakkan cerita tentang mahkluk ganas nie agar tidak menjadikan negeri Sonto dalam keadaan huru hara.Untuk memastikan keadaan lebih terjamin dan selamat maka kerajaan negeri Sonto telah menubuhkan unit pergerakkan pantas yang dinamakan sebagai unit penyiasat misteri iaitu unit ehoza.

Unit ehoza nie ditubuhkan untuk menyiasat segala misteri dan kejadian aneh yang diakibatkan oleh perbuatan perbuatan ternoda makhluk ganas tersebut.

Mereka harus tiba dengan lebih cepat dari unit penyiasatan polisi untuk memastikan segala rahsia dapat ditutup dengan dengan cepat.




Maklumat tentang unit ehoza

Unit ini berpengkalan di daerah pinggir king valley..beroperasi di sebuah pejabat yang sederhana dengan airkon dan beberapa biji Komputer ajer.

Kenderaan rasmi hanyalah sebuah van dan sebiji motosikal Fz150.

Dalam unit ehoza terdapat 4 ejen dilantik oleh kerajaan Sonto.antaranya ialah:



Apect



merupakan ketua ehoza merangkap chief.gaya seperti tauke cina..kelulusan sekolah sains.

walaupon muka nampak ganas tapi dalam

hati ada taman.

kerjaya yang sebenar adalah bermain forex.

salah satu kebolehan yang ada pada apect adalah boleh bertindak dua alam.

salah satu gambar yang dikesan adalah seperti di bawah.







Jadi tak masalah agen apect untuk memasuki kawasan yang penuh dengan wanita untuk melakukan penyiasatan.


untouchable

agen separuh masa yang bekerja di bawah apect.sama sekolah dengan apect..abang kepada rounders.

boleh bermain catur dan pernah mengalahkan komputer dalam pertandingan catur di negeri sonto.


rooster aka ayam

nak panggil rooster boleh ayam pon boleh.merupakan geng kepada apect.

sering menyamar menjadi wartawan atau jurugambar amatur.kerjaya sebenarnya adalah pembuat web dan pakar java.


Rounders aka bulat

Bro rounders merupakan ahli yang bongsu dan sering kena buli..adik kepada untouchable.

Dalam koceknya ade minyak bayi jeksen yang sentiasa ade bersama.

Namun bro rounders sering menggunakan helmet tentera strom trooper untuk elak kena luku oleh abangnya.


Maklumat rahsia fail ehoza


Mahkluk ganas dan lawak(the psychophobia)


Mereka ini merupakan sebenarnya berketurunan manusia biasa.Kawasan hitam tersebut sebenarnya adalah kawasan pembuangan sampah yang termasyur di negeri ehoza.Permulaan mutasi ini berlaku kerana terdapat pembuangan sisa radioaktif oleh syarikat besar yang ingin melupuskan dengan kos yang murah.Tong-tong simpanan sisa itu dipecahkan oleh kumpulan manusia yang mahu menggunakan sbg tempat simpanan air mereka.nyata bila dipecahkan terdapat air dalam tong itu.air tersebut diminum oleh manusia manusia disitu.

Anak-anak yang lahir dari kesan tersebut mempunyai wajah yang aneh seperti berikut.


Tiada bermata dan mengetap rahang sepanjang masa.seringkali ketawa dengan bunyi muahahahahahha.

Ramai ibubapa kepada bayi ini mati kerana tak tahan ketawa bila anak-anak mereka ketawa.

Ramai yang berpindah kerana tak tahan nak gelak ..

Jadi kawasan tersebut didonimasikan oleh makhluk tersebut.muahahahhahahahahaha.


Mahkluk kelawar si hacker.(lancelot)


Ia adalah dari spesis keluang yang termutasi menjadi manusia akibat memakan buah durian yang terkena bahan kimia purple hyppo.
makhluk nie sukakan komputer.dan baru baru ini kebolehan makhluk nie adalah menaip dengan pantas dan menyebabkan kesesakan server akibat penggodamnnya.

foto lancelot.


Makhluk musang cute pencinta wanita(the dolby)

Ia adalah spesis musang yang termutasi di dalam makmal rahsia kerajaan.tujuan utama dimutasikan adalah untuk menghasilkan pewangi yang dihasilkan di dalam kelenjar mengawannya..

Pewangi yang terhasil digunakan untuk dalam tujuan kosmetik.

Makhluk ini sukakan wanita dan apa sahaja yang binatang yang betina.sebab ia terlepas dari makmal rahsia adalah kerana ramai pengawal keselamatan yang angau ternampak ilusi cik musalmah bertas merah kerana pewangi yang terhasil dari makhluk ini.


MIsteri penduduk kampung ketawa tidak henti henti.

Berlaku kekacauan di satu kampong bernama zaza isabella kerana penduduknya ramai yang pengsan dan ade jugak yang koma kerana ketawa tidak henti-henti.kerajaan Sonto mengeluarkan arahan agar kampong tersebut dikawal ketat dari media media dari akhbar the viper,the prodigy dan the great.

Maka unit ehoza perlu bergerak pantas ke tempat kejadian,tapi sepantas mana pon mereka tetap lambat gak kerana van rasmi mereka susah nak dihidupkan akibat bateri lemah sehingga pihak polisi mengawasi kampong tersebut.Dengan menggunakan teknik penyamaran dua alam oleh bro apect maka mereka bereempat membolosi kawalan polisi.

Setelah dikaji terdapat seekor the psychophobia sedang makan ketupat dan lemang di salah satu rumah.Untuk itu agen ehoza perlu mengulum gula-gula serius untuk mengelakkan dari ketawa.kang ketawa tak jadi kerja pulak.

Untuk menangkap the psychophobia nie bukan calang calang.kerana makhluk ini suka dengan pensil dan kertas.pujukan pertama guna kertas A5 dengan pen tak jalan gak kerana asyik makan aje.

Maka dengan ni agen rounders menggunakan ketawa gila gilanya untuk pujuk makhluk tersebut.Percubaan Berjaya dan ianya ditangkap.Syabas unit misteri ehoza.

Makhluk tersebut dikurung balik ketempat asalnya di kawasan hitam.


Misteri kelumpuhan internet dan perhubungan negeri sonto.


Kelumpuhan system Internet di kerajaan ehoza membuatkan ekonomi dalam bahaya kerana 90 peratus keuntungan adalah dari internet.Salah satu mangsa yang kerugian paling banyak adalah tauke CC terbesar di carving stone iaitu bro mkhfakzan yang ala-ala faizal tahir superman.

Bro zan bengang dengan kerajaan ehoza kerana gagal menangani kelumpuhan system ini.Jadi proses saman dimulakan terhadap kerajaan sonto dengan bantuan peguam ayopzal.kerajaan sonto terpaksa mengerah jurutera-jurutera internet bekerja siang dan malam untuk menangani masalah besar negara.namun,para jurutera internet bingung kerana mereka berusaha upaya untuk kembalikan system asal tapi tidak berjaya kerana kod-kod java asyik dipintas dengan cepat.maka inilah masa tugas ejen unit misteri ehoza bergerak pantas atas arahan kerajaan.

kepakaran dalam komputer diserahkan kepada bro rooster.setelah berjam jam menghacker sistem maka terdapat satu sistem komputer yang agak aneh kerana komputer tersebut diletakkan dalam gua batu bernama bat cave.

Mereka bergegas ketempat tersebut.Setelah dibuat kajian rupanya makhluk bernama the lancelot sedang menaip komputer aneh tersebut.untuk menangkap the lancelot bkn mudah kerana adanya sistem kawalan yang cukup sistematik di gua tersebut.Agen rooster mendapat idea dengan menyuntik virus kedalam system komputer.Cubaan berjaya kerana menggunakan kod kod virus jenis how to shut down computer forever..

Setelah komputer aneh itu shut down forever maka the lancelot itu terus lemah tidak bermaya.

Maka penangkap terus dilakukan dan membawanya ke kawasan hitam..

Syabas unit ehoza syabas!


Misteri wabak angau.

Kelihatan di satu kawasan di daerah queen valley ramai orang-orangnya kebanyakkan kaum lelaki menderita angau.

Ketua kawasan tersebut bernama antagenaiz lari kerana tak tahan leteran dari kaum kaum perempuan dikawasan tersebut.

Angau bukan sebarang angau.Kawasan tersebut angau sepanjang masa sehingga mengabai kerja kerja seharian.Pada mulanya kerajaan Sonto tidak berminat terhadap kes yang misteri

Ini tapi kerana media-media seperti the viper,the prodigy dan the great selalu melariskan tajuk tajuk akhbar mereka dengan misteri ini.

Maka seperti biasa agen unit penyiasatan misteri ehoza diarahkan oleh kerajaan sonto untuk menyiasat dan mengkaji misteri tersebut.

Didapati semua kaum lelaki kat daerah tersebut angaukan gambar bertas merah .agen apect bertanyakan kepada mamat bernama adii. siapa yang kamu angaukan?adii kata cik musalmah bertas merah.

Jadi mereka perlukan sesuatu?iaitu cik musalmah itu sendiri.jadi mereka bergegas ke pusat latihan medic dimana orang yang bernama musalmah itu wujud.

Setelah mereka sahkan sesuatu bahawa cik musalmah terjumpa musang kiut yang mengesot dengan lampin sekali.diceritakan bahawa musang kiut itu seringkali diusap usap sehingga ianya bertindak dugaan.

Cik musalmah membuang musang kiut itu setelah berak merata rata .musang kiut itu mengeluarkan gas yang amat berbahaya oleh kaum lelaki.salah satu mangsa pertama adalah zamreda.zamreda mencipta lagu musalmah secara scremo dengan kepala bagging setiap hari.kucingnya bernama toyoolta emas lari taktahan mendengar jeritannya hari hari.

Sejak kes zamreda angaukan ilusi cik musalmah.maka laporan baru setiap hari diterima.kekadang sampai seribu orang!

Ketua polis negeri sonto yang bernama miss sya mengingatkan orang ramai kalau berjumpa makhluk musang cute tersebut harus dipijak pijak sampai lembik.

idea miss sya dibantah oleh pencinta haiwan dari pertubuhan pari pari.

agen ehoza perlukan sesuatu yang amat bernilai.kajian bocor dari makmal rahsia menunjukkan makhluk dolby nie sebenarnya takutkan perempuan garang.jadi mereka bantuan cikgu putri untuk menangkap makhluk tersebut.

Apa yang cikgu putri buat adalah mencubit makhluk tersebut sampai menangis.maka tanpa berlengah lagi penangkapan the dolby dilakukan dengan jayanya.

makhluk tersebut dikurung di dalam makmal dengan ditempatkan pengawal wanita

Syabas unit ehoza syabas,kerana 3 kes besar yang paling diselesaikan dengan begitu mudah sekali.


petikan di atas disunting dari akhbar the viper.

http://www.youtube.com/watch?v=eo8LvHliMmw





cerita di atas hanya khayalan penulis tidak ade sangkut yang hidup atau yang mati.

1 comments:

OweizMeZ said...

bravo bravo!!!

Post a Comment