Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Monday, May 18, 2009

Memulakan sesuatu yang baru..

Tak terfikir untuk memulakan memblogging nie tapi pagi nie rasa saje nak mulakan,al maklumlah dah tengok geng2 di suatu forum menggerak usaha masing memblogging..terima kasih kepada user bernama cik mal dari forum ehoza yang memulakan tutorial.banyak jugak aku nak gerak gerak tangan untuk memblog tapi macam malas pulak.al maklumlah sifat malas ni memang bertapak ajer.

Masa nie aku kat johor,di Kota Tinggi,di rumah famili.jadi memang ada timelah jugak nak bertenet.kerja aku tak bertempat,kekadang nak kerja tetap tapi malas kerja ikut on time aje,bukan malas tapi dah kerja banyak kilang tapi ialah sesuka aje pengurusan kilang nak letak mana tak sesuai dengan jiwa yang rilek nie.Tabiat aku suka pada kemahiran membaiki barang yang ade wayar.jadi memang nak kerja yang ada elektronik dan elektrik.

Selain tu kemahiran yang lain ade adalah mencipta lagu dan mengubah lagu.nie nak mencabar industri muzik lah nie ialah penyanyi punyalah ramai tapi yang gubah lagu punyalah sikit.nantilah aku terangkan proses nie.

kalau nak kata aku berharta pun,itupun ade kereta mazda tahun 83 dengan moto kriss ajer.rumah takdelah..tapi kalu nak beli boleh kena ade duitlah.hutang berkoyan2 tapi hutang pinjaman pelajaran ajerlah.

latarbelakang pendidikan aku?sekolah menengah yang terakhir di sekolah menengah Tenggaroh A di felda tenggaroh 2,mersing.diterima masuk belajar di Ipta tempatan tapi tak habis,sambung belajar di Politeknik Johor Bahru dalam pengkhususan mekatronik.Setel dah.Mau belajar pasal kereta ambik sijil mlvk auto berhampiran rumah famili aku tapi takder sijil kerana masalah dalaman tempat belajar tersebut yang endah tak endah pon.Akhirnya pihak pengurusan kasi surat akuan ajerlah..kahkahkah.Lantaklah diorang tak redho makan duit bapak aku pon.

kalau nak cerita pasal hubungan tu nanti2 lah aku pikiq..membebankan jiwa aku ajer..

oklah kalau saper yang baca nie kenal aku silalah kasi nama dan alamat yer..kalau gurl bolehlah jadik awek aku yer lepas tu kahwin..keskeskes.kalau man jadiklah rakan yer..kui3 memilih sangat aku yer.kalau rakan2 sekolah pun banyak jugak kat seremban,Rompin,Labis,Kota tinggi dan mersing blum yng belajar ipta tu dgn poli.

Tanya ker dah kerja ke belum?kerja aku indiependent atau maksud lain kerja indie atau merdeka.Skg nie tengah bekerja dengan ipar aku ajer,bengkel..senang kan boslah tu.Balik johor pon jika ayah aku suruh pun..al maklumah adik2 aku pon nie pompuan suma..

Rasa aku dah celoteh banyak sangat dah..bak kata orang udah2ler tu buat kerjalah..keskeskes(ketwa al fatih).tapi ini permulaan blog kasi celoteh celetoh ajer. oklah dah tamat yer..treng treng.

4 comments:

- eiNa - said...

zaaaaammmmmmm... dah ada blog tuh....
bleh la kau menempek kat sini...
wakakakka~~~
weh... letak la shoutbox... aku nk jerit2 neh...
lalalalaalalal~~~~

Anonymous said...

Salam my brother..

Wahahahahaha...

Gelak dulu mula2..

Tahniah kerana sudah berblog.

http://rajawalibiru.wordpress.com/2008/11/05/menulis-blog/

Selamat menulis blog

My so-called life said...

Salam.. good start.. hopefully, akan bkekalan dan berterusan lah ye.. :D tahniah!

zam said...

lama aku tak update ....nilah gile berforum daaa..

Post a Comment